Pada waktu dahulu saya merupakan seorang yang
amat aktif dalam Islam,juga merupakan salah seorang daripada Pengerakkan
Muhammadiah dan seorang pengajar Islam.Pada tahun 1947,saya telah dipilih
untuk menjadi pengerusi kepada Kongress Muslim Kalimantan di
Amutai,bersama-sama dengan K.H Idham Chalid. Pada tahun 1950-51 saya menjadi
Imam Muslim bagi pasukan tentera di Banjarmasin,dengan kedudukan yang
tinggi.Rencana saya telah diterbitkan dalam beberapa majalah Islam
seperti Mingguan Adil di Solo,Mingguan Risalah Jihad di
Jakarta dan Mingguan Anti-komunis di Bandung.Saya telah
bekerjasama dengan Gerakkan Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh
(Barito) dan sehingga tahun 1962 bersimpati dengan kumpulan yang merancang
untuk membina undang-undang Islam di seluruh Indonesia,yang mana secara tidak
lansung adalah bertentangan dengan pendirian Kristian.
Sebenarnya saya telah memiliki Kitab Suci Injil
sendiri semenjak tahun 1936.walau bagaimanapun,saya tidak membaca dan mencari
kebenarannya,tetapi mencari perenggan yang boleh membantu saya untuk berdiri
teguh sebagai seorang Muslim yang mempunyai sikap anti-Kristian,dan
bersedia untuk menyerang keimanan orang Kristian secara lebih berkesan.
Saya juga mnengutuk 'Isa Al-Masih sehingga
saya berumur 40 tahun,menolak terus yang mengatakan Dia adalah daripada
Tuhan.Saya sengaja mentertawakan dan menolak kebenaran.Tetapi kasih Tuhan
sungguh hebat,Dia berusaha,mencari dan menyelamatkan saya.
Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat khotbah
saya di masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang berbunyi:
“Katakanlah,wahai orang yang beriman! Kamu tidak
mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan Injil,dan semua ini
akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”
Saya sudah membaca ayat ini beratus kali,tetapi
akhirnya Tuhan telah berbisik kepada jiwa saya tentang ‘Taurat dan Injil’ yang
mana tertulis di dalam Al-Quran adalah sama Taurat dan Injil yang terdapat di
dalam Kitab Suci Injil sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa Taurat dan Injil
yang terdapat dalam Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini adalah ringkasan di
dalam Al-Quran .Saya merasa yakin bahawa Taurat dan Injil,yang terdapat dalam
Kitab Suci Injil sekarang adalah palsu,dan kandungan yang sebenar telah
disalah-atur dan dilupakan serta ditambah-tambahkan oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun,jiwa saya memberitahu saya bahawa
Taurat/Injil yang ada di dalam Al-Kitab sekarang adalah benar.Fikiran saya
tidak percaya apa yang dikatakan oleh hati saya: “Tidak!Taurat dan Injil yang
ada di dalam Al-Kitab sekarang adalah palsu”.Fikiran saya bertentangan dengan
jiwa saya dan perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta ragu-ragu
terhadap apa yang betul sebenarnya.
Untuk membuatkan jiwa saya merasa aman,saya
menyerahkan masalah saya ini dengan melakukan sembahyang tahjud,yang mana
sembahyang ini adalah untuk meminta pertolongan daripada Tuhan agar Dia memberi
petunjuk yang pasti kepada kebenaran.Saya meminta Tuhan menolong saya untuk
memilih yang mana satu daripada dua kepercayaan ini yang benar.Ini adalah doa
saya:
“Oh Tuhan,Pencipta Syurga dan bumi,Tuhan orang
Islam, Kristian,Budha, Tuhan bulan dan bintang,lembah dan gunung;Tuhan semesta
alam,tolong tunjukkan aku kebenaran tentang apa yang tertulis di dalam Al-Quran
yang berkaitan dengan Taurat dan Injil.Adakah ini membawa makna bahawa Taurat
dan Injil yang sebenar sudah lenyap yang terdapat ringkasan dalam Al-Quran
?Jika ini adalah benar,aku merayu kepadaMu untuk kuatkan hatiku bahawa
aku mungkin tidak belajar Kitab Suci Injil .Tetapi jika “kebenaran di
dalam Taurat dan Injil” yang tertulis di dalam Al-Quran ,bermakna kebenaran
harus dicari di dalam Kitab Suci Injil sekarang,aku merayu padaMu untuk membuka
pintu hatiku semoga aku lebih bersungguh-sungguh untuk belajar Kitab Suci Injil
secara jujur.”
Saya tidak bertanya kepada sesiapa pun untuk
menolong saya membuat keputusan saya.Saya tidak bertanya kepada Imam,orang yang
alim dalam Islam,atau kawan-kawan saya yang bijak pandai.Saya bertanya terus
kepada Tuhan yang Maha Tahu untuk membuat pilihan bagi saya,jadi saya membuat
pilihan yang betul menurut kehendak Tuhan.Saya sembahyang sesungguhnya dan
menaruh harapan kepada Tuhan agar Tuhan memberi petunjuk dan hidayah bahawa Dia
yang memilih kebenaran untuk saya dan menolong saya mengetahui dan mengaku
kepada agama yang benar.
Setiap orang yang mempunyai agama berharap
bahawa di sana terdapat kehidupan yang benar selepas mati dan salah seorang
daripada mereka adalah saya,saya menaruh harapan yang tinggi kepada Tuhan.Saya
percaya kepada kehidupan selepas mati,di mana kita cuma ada dua tempat untuk
dituju:ke neraka,dengan hukuman yang tidak berhenti-henti kekal abadi di dalam
api;atau ke Syurga,bersama dengan Tuhan dalam kemuliaan selama-lamanya.Saya
tidak fikir tentang kehidupan abadi saya.
Sebagai contohnya;mari kita andaikan bahawa kita
membawa 10 gram emas tulin, kita harus menelitinya secara berhati-hati,untuk
memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh menipu kita,jadi kita tidak akan
menyesal di kemudian hari.Berapa banyak agaknya kita memikirkan tentang
kehidupan masa depan jiwa kita.Kita mesti belajar dan meneliti kebenaran untuk
sembahyang kepada Tuhan menurut kehendak Tuhan,yang memiliki kehidupan di
Syurga.Kalau tidak,kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana kecuaian
kita.Saya selalu yakin bahawa pencipta Syurga dan neraka adalah Tuhan
sendiri,atas sebab itulah saya tidak bertanyakan nasihat kepada sesiapa
pun,samada Kristian atau Guru Islam.Saya mendekati Tuhan,yang memiliki segala
kebenaran,peraturan,dan merayu kepadaNya dengan penuh harapan dan percaya
bahawa Dia akan memberi petunjuk yang benar kepada saya.
Puji Tuhan kerana segala doa saya telah
dikabuliNya! Ini membuktikan bahawa Dia memberikan kebenaranNya kepada orang
yang menghendakinya,dan bertanya dengan sesungguhnya.
Ini harus dicatat,selain daripada ayat 68
surah Al-Maidah,di mana terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang
terkandung di dalam Al-Quran ,yang menarik hati saya pada waktu itu.Sebagai
contohnya;Surah Al-Sajadah 23:
“Dan pastinya kami memberikan Musa sebuah
Kitab(Taurat),jadi adakah kamu (Muhammad) ragu-ragu untuk menerimanya,”
Surah Al-Maidah 46:
“Dan kami biarkan mereka (nabi-nabi yang
terdahulunya) mengikut jejak Isa,anak Maryam,memenuhi apa yang ada di tangannya
daripada Taurat.dan kami memberi Dia kitab yang mengandungi petunjuk dan
cahaya,dan mengesahkan apa yang ada di tangannya yang daripada Taurat,sebagai
petunjuk dan amaran kepada orang yang takut kepada Tuhan.”
Surah Al-Maidah 47:
“Dan orang di dalam Kitab harus mengikuti apa
yang telah ditentukan mengikut kehendak pernyataan Tuhan itu.Dan sesiapa yang
tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan,adalah orang yang busuk
hati,”
Surah Al-Baqarah 62 :
“orang yang benar daripada Yahudi,Kristian
dan Sabian,sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari kiamat ,melakukan amalan
yang baik,mereka akan mendapat pahala daripada Tuhan mereka,dan ketakutan tidak
akan mendesak mereka berputus asa.”
Di sana terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran
yang menunjukkan bahawa Taurat dan Injil adalah jalan yang benar kepada
kebenaran menurut kehendak Tuhan.Ayat Al-Quran ini memberi kesedaran kepada
saya untuk meneliti Kitab Suci Injil dengan lebih mendalam lagi,kerana Tuhan
telah berbisik kepada jiwa saya tentang kebenaran ini.
Pada hari yang berikutnya,selepas saya meminta
petunjuk daripada Tuhan semasa sembahyang tahjud,saya merasakan satu perubahan
yang jelas pada diri saya.Bermula dari hari itu saya menganggap Kitab Suci
Injil adalah seperti rakan saya dan bukan lagi sebagai musuh.Setiap pagi saya
melihat Kitab Suci Injil dengan penuh harapan dan memberi perhatian pada setiap
perkataan yang saya baca,kerana saya mahu tahu makna yang sebenarnya.
Dengan perkataan:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha
Pengasihani”.
Saya membuka Kitab Suci Injil .Pada masa itu
saya bertujuan untuk membaca Ulangan 18:15.Kitab ini menarik perhatian saya
kerana pada waktu dahulunya saya mengunakan ayat ini untuk menyerang keimanan
orang Kristian,samada mereka adalah guru,Penginjil,dengan niat supaya mereka
tahu dan percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi yang telah diramalkan di
dalam Kitab Suci Injil ini.Sebelum ini saya sudah tahu tentang ayat ini,tetapi
sekarang maknanya telah berubah sama sekali kepada saya.Sebenarnya untuk
memahami Kitab Suci Injil lama adalah sukar bagi orang yang tidak mahu
mempercayainya, tetapi dari segi yang lain pula ia menjadi lebih jelas kepada
orang yang mahu mempercayainya dan hati mereka yang telah disentuh oleh Roh
Kudus.
Ayat-ayat di dalam Ulangan 18:15 dibaca seperti:
“Sebaliknya Tuhan,Allah kamu akan mengutus
seorang nabi kepada kamu ;nabi itu akan seperti aku dan Dia daripada bangsa
kamu sendiri;kamu mesti taat kepadanya.”
Dahulunya saya menganggap ayat ini memberi
ramalan tentang nabi Muhammad.Perkataan “nabi itu akan seperti aku
(Musa)”menunjukkan kepada saya tentang peribadi nabi Muhammad sebagai janji
nabi kerana :
- Musa
dilahirkan mempunyai ibubapa.Muhammad juga dilahirkan seperti Musa,mempunyai
ibubapa.Ini tidak seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan hanya mempunyai ibu
dan tanpa bapa.
- Apabila
Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga berkahwin,dan ini
bertentangan dengan Isa yang tidak pernah berkahwin.
- Musa
mempunyai anak lelaki,dan Muhammad juga mempunyai ramai anak.Tetapi Isa
tidak mempunyai keturunan kerana Dia tidak pernah berkahwin.
- Musa
meninggal pada umur yang lanjut dan dikuburkan dan ini terjadi juga pada
Muhammad.Tetapi Isa tidak meninggal.Dia telah diangkat ke Syurga dan tidak
dikuburkan.
Dahulunya ia menjadi jelas kepada saya tentang
ayat Ulangan 18:15 yang menunjukkan bahawa nabi Muhammad adalah nabi yang
dijanjikan oleh Musa, tetapi bukannya ramalan terhadap Isa sebagai nabi
keseluruhannya, sebagai Putera Tuhan,seperti kepercayaan orang Kristian.
Tetapi pada hari ini,saya membaca ayat ini
secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk memahami makna yang
sebenarnya.Apabila saya sampai kepada pernyataan “…..nabi itu akan seperti aku
(Musa)”,Roh Kudus berbisik ke dalam jiwa saya yang berbunyi: “Jika kamu
mentafsirkan persamaan di antara Muhammad dan Musa dan kedua-duanya adalah
dilahirkan mempunyai ibubapa,mereka adalah sama dengan manusia lain yang
mempunyai ibubapa.”Sifat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kebenaran
ramalan itu.
Selanjutnya jika Muhammad seperti Musa kerana
dia berkahwin,dan kedua-duanya adalah seperti orang lain di dunia ini!Jadi ini
tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mengatakan bahawa Muhammad itu adalah
nabi.
Jika Muhammad dianggap sama seperti Musa,kerana
dia mempunyai keturunan,fakta ini juga tidak boleh digunakan untuk menentukan
ramalan itu kerana hampir semua orang di dalam dunia ini mempunyai keturunan.
Muhammad hanya seperti Musa,meninggal dalam usia
yang tua dan dikuburkan.Jika contoh ini digunakan sebagai bukti tentang ramalan
itu,dan fakta ini tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk persamaan,setiap
orang di dunia ini akan meninggal dan dikuburkan.Kematian dan penguburan adalah
perkara biasa dan ini tidak menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain.
Ia menjadi lebih ketara dan jelas kepada saya
bahawa ramalan Musa itu hanya menunjukkan tentang Isa sebagai yang
dijanjikan.Dengan alasan itu saya cuba mencari suatu perbezaan yang lain
daripada yang lain dan luarbiasa persamaannya di antara Musa dan
Isa.Sememangnya saya menemui beberapa persamaan yang luarbiasa di antara dua
manusia ini yang tidak dikongsi dengan orang lain.
- Semasa
zaman kanak-kanak,Fir’aun mengugut untuk membunuhnya,seperti juga Isa pada
zaman kanak-kanaknya telah diugut untuk dibunuh oleh Herodas.Tidak semua
orang yang dilahirkan menghadapi ugutan bunuh pada waktu yang masih kecil
lagi.
- Semasa
kelahiran Musa,Fir’aun sangat marah dan mengarahkan semua budak-budak
lelaki yang berusia dua tahun ke bawah harus dibunuh.Apabila Isa
dilahirkan Herodas juga sangat marah dan mengarahkan agar budak
lelaki di bawah umur dua tahun dibunuh.Di dalam dunia ini hanya dua
peribadi ini sahaja yang menghadapi pengalaman pembalasan dendam.
- Semasa
zaman kanak-kanaknya,Musa telah dijaga oleh anak perempuan Fir’aun.Dan
semasa kecil Isa telah dijaga oleh Yusuf iaitu bapa angkatnya.Tidak semua
anak di dunia ini dipelihara oleh orang yang dipilih oleh Allah semasa
zaman kanak-kanaknya ketika dia menghadapi amcaman.
- Semasa
zaman kanak-kanaknya juga,Musa tinggal jauh daripada rumahnya di Mesir.Ini
terjadi sama dengan Isa yang hidup di dalam buangan di Mesir.Tidak semua
kanak-kanak semasa kecil hidup jauh daripada negerinya,seperti Mesir.
- Apabila
Musa telah menjadi utusan Tuhan,dia menerima kuasa daripada Tuhan untuk
melakukan mukjizat,seperti juga Isa yang menerima kuasa sebagai Firman
yang hidup,dan menerima kuasa untuk melakukan mukjizat seperti
menyembuhkan orang sakit dan membangunkan orang yang telah mati.
- Musa
telah membebaskan orangnya daripada dipaksa terus menjadi hamba
abdi,tetapi Isa telah membebaskan orangnya daripada cengkaman dosa dan
maut.
Bukti yang istimewa ini telah mengizinkan saya
untuk saya membuat kesimpulan bahawa ramalan yang luarbiasa yang dinyatakan ini
di dalam Ulangan 18:15 tidak bermaksud untuk membuktikan Muhammad sebagai nabi
yang telah diberitahu terlebih dahulu,tetapi untuk menunjukkan bahawa Isa
adalah jelmaan Firman Allah.
Meskipun kasih Allah itu sangat agung dan Dia
telah menyedarkan saya untuk melihat dengan lebih jelas lagi ke dalam Kitab
Suci Injil sebagai Firman Allah yang benar,tetapi saya masih lagi tidak
bersedia untuk menjadi seorang Kristian.Mengapa? Kerana terdapat beberapa
perkara di dalam kepercayaan Kristian yang tidak dapat diterima oleh akal
saya,khususnya kepercayaan terhadap Isa adalah Putera
Tuhan.Semenjak kecil lagi saya telah diajar,dan
saya juga mengajar sedemikian,iaitu:
“Tuhan tidak mempunyai anak dan Dia tidak
diperanakkan.”
Saya juga tidak dapat menyatakan dengan jelas
bahawa Isa adalah Tuhan kerana saya telah diajar dan saya juga mengajar
seperti:
“TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH”
Saya juga bersikap anti Triniti. Ini tidak
berasas kepada hakikat dan kebenaran tetapi sebaliknya dipengaruhi oleh
prasangka yang terpesong. Saya telah mengajar murid-murid saya sedemikian:
“Kepada sesiapa yang mengatakan Allah itu adalah
tiga merupakan orang yang fasik”
Saya juga tidak dapat menerima kepercayaan
Kristian bahawa Isa benar-benar mati di atas kayu salib.Jika “Isa Al-Masih”
adalah nabi, penyayang, utusan Tuhan, atau ‘Putera Allah’ sepertimana orang
Kristian memanggilNya,bagaimana dengan senangnya orang Yahudi boleh menyiksaNya
dan mengantungNya di atas kayu salib sehingga mati?Mengapa Tuhan tidak membela
Dia, tetapi membiarkan Dia mati di atas kayu salib?Katakanlah saya mempunyai
seorang anak lelaki yang disiksa,atau digantung di atas kayu salib,sudah
pastinya saya akan melawan orang yang menyiksa anak saya itu untuk
menyelamatkannya walau apa pun yang akan terjadi.Bagaimana boleh Allah hilang
kuasaNya terhadap orang Yahudi?Pada masa itu saya benar-benar tidak boleh
menerima hakikat ini.
Dalam usaha untuk memdapatkan pertolongan untuk
keterangan ini,saya melawat beberapa orang guru dan juga Penginjil dan bertanya
kepada mereka kenapa Isa bergelar Putera Tuhan atau Tuhan dan apa sebenarnya
makna tentang Triniti Tuhan.Saya menyelidik mengapa Isa Putera Tuhan telah
dikorbankan di atas kayu salib dan disalibkan oleh orang Yahudi Saya juga
bertanya kepada mereka tentang kenyataan tentang “dosa warisan daripada bapa
kepada anak” yang saya ambil kira bahawa itu adalah hukuman yang tidak adil
daripada Tuhan.
Semua guru yang saya tanya itu menjawab
persoalan saya dan menerangkannya dengan mendalam,tetapi pada masa itu saya
tidak dapat menerima ulasan mereka walaupun mereka telah menerangkannya dengan
jelas sekali.Ini adalah kerana perbezaan lata rbelakang di antara saya dengan
mereka,yang mana seperti teluk yang terpisah jauh di antara kami.Perbezaan di
dalam agama yang tidak dikaji dengan sesungguhnya untuk mencari maksud yang
sama,Pastinya kami mengkaji perbezaan di antara agama untuk mencari kenyataan
yang logik berhubungan dengan ketidakfahaman.Pada masa itu saya seperti
penerima radio dan guru adalah pembaca berita.Kedua-duanya mempunyai keadaan
yang baik,tetapi oleh kerana perbezaan gelombang yang panjang menyebabkan
siarannya dan penerimaan saya jauh berbeza.
Penerima tidak dapat menangkap berita yang
sedang disampaikan oleh penyiar.
Keterangan daripada guru dan Penginjil adalah
seperti masuk telinga sebelah kiri dan keluar telinga sebelah kanan. Hati
saya tidak tersentuh, kerana saya tidak faham cara pertuturan mereka.Guru itu
sendiri tidak memahami dengan jelas kedudukan latar belakang saya sewaktu itu,
jadi keterangannya tidaklah menurut keperluan saya seperti yang saya
harapkan.Ini bukannya berlaku kerana keterangan guru itu salah,tetapi kerana
perbezaan cara pemikiran dan penerangan,jadi sebab itu saya tidak dapat
memahami keterangan yang lain.walau bagaimanapun saya masih berharap.Saya
sentiasa yakin,Tuhan akan menolong saya untuk memilih kebenaran,sudah pasti Dia
akan membuka pintu hati saya dan memberi petunjuk untuk memahami semua masalah
yang menjadi halangan kepada saya.
Saya sentiasa berdoa kepadaNya: "Tuhan,aku
merayu agar Engkau menunjukkan kebenaranMu kepadaku tentang perkataan ‘Putera
Tuhan’ dan nama ‘Rabbana’ untuk Isa.Aku juga merayu agar Engkau menunjukkan
kepadaku makna Triniti dan rahsia disebalik penyaliban Al-Masih. Tuhan, Engkau
berilah aku pengertian bahawa Kitab Suci Injil adalah daripadaMu yang
betul,jadi pastinya Engkau akan menerangkan dan menjelaskan halanganku
melalui Kitab Suci Injil, yang mana FirmanMu yang benar yang tidak pernah
bertukar daripada awal hingga sekarang dan untuk selamanya.
Sememangnya telah banyak kali,Tuhan menolong
saya melalui Roh Kudusnya,yang bekerja di dalam hati saya.Saya akan menerangkan
bagaimana Tuhan menolong saya untuk mengatasi halangan ini.
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN
PERSEKITARAN
Meskipun saya menjadi tetap dan teguh serta
yakin tentang kebenaran ini,dan bersedia untuk menerima Isa sebagai penyelamat
peribadi saya,tetapi saya tidak menjadi Kristian secara rasmi,kerana kaadaan
persekitaran yang menjadi halangan kepada saya.Ketakutan dan kebimbangan ini
sentiasa menghantui fikiran saya.
Pengalaman saya menunjukkan bahawa terdapat
ramai orang yang tegas dengan kehendak mereka untuk menerima
Isa sebagai penyelamat mereka,tetapi mereka sering teragak-agak untuk menentang
pengaruh persekitaran mereka,mungkin kerana mereka tidak rela ataupun takut
untuk melawan ibu bapa mereka.Kadang-kadang mereka takut kalau-kalau majikan
mereka memberhentikan kerja mereka kerana mereka memeluk Al-Masih. Orang yang
percaya juga akan berselisih faham dengan isteri mereka kerana mereka ingin
mengikuti Isa bersama-sama dengannya; ini juga merupakan rintangan yang
menghalang mereka daripada mengikuti Isa untuk mempengaruhi hidup dan hati
mereka.
Ketakutan terhadap keadaan sekitar telah
ditunjukkan dalam amaran oleh Isa,ditulis dalam Matius 10:34-36. Dia
mengambarkan penderitaan yang mungkin dihadapi oleh setiap orang yang mahu
mengikutinya: “Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini,Aku
tidak membawa kedamaian tetapi pertentangan.Aku datang untuk menyebabkan anak
lelaki melawan bapa mereka,anak perempuan melawan ibu mereka,dan menantu mereka
melawan ibu mertua mereka.Demikianlah musuh terbesar yang dihadapi oleh
seseorang ialah keluarga sendiri.”Bagaimanapun mereka yang membuat keputusan
untuk mengikuti Isa sebagai Tuhan dan membiarkan Isa mempengaruhi hati
mereka,segala kebimbangan adalah tidak berpanjangan.Setiap kebimbangan akan
dapat diatasi dengan pertolongan daripada Tuhan.Saya sendiri mempunyai
pengalaman dalam menghadapi tekanan dari persekitaran.Tetapi Tuhan selalu
membuka jalan untuk keluar daripadanya.
Dari 1961 sehingga 1964,saya masih lagi
melakukan dua tanggungjawab agama.Saya sembahyang mengikut cara Islam dan pergi
ke masjid pada setiap hari Jumaat.Saya juga pergi ke gereja pada setiap hari
ahad dan pada hari sabtu saya pergi sembahyang di Gereja Adventis.Tetapi di
luar kenyakinan saya,saya tidak pergi ke gereja.Ini adalah kerana untuk saya
belajar tentang kebenaran.Saya juga sering membaca risalah-risalah daripada
orang bukan Kristian yang mengatakan bahawa orang di dalam gereja menyembah
berhala,seperti patung dan gambar.Atas sebab itu saya pergi melawat setiap
gereja di sekitar Jakarta mengikut giliran,pada hari ahad.Saya juga melawat
lebih daripada satu gereja pada hari ahad,untuk mencari samada terdapat
penyembahan patung atau tidak.
Akhirnya,saya mendapat kesimpulan dan terbukti
bahawa kesangsian saya selama ini sudahpun terjawab.Setiap gereja yang saya
lawati tidak terdapat pun berhala atau gambar yang untuk disembah.
Semenjak 1964, jiwa saya sebenarnya sudah
dipenuhi dengan Roh Tuhan,Roh Kudus,atau semangat kebenaran.Bermula daripada
hari itu saya mengambil keputusan untuk menerima Isa sebagai penyelamat
peribadi saya sepenuh hati saya.Tetapi ia masih lemah.Saya tidak berani untuk
menyatakan kenyakinan saya secara terbuka.Saya masih menyimpan kekristianan
saya secara rahsia.Saya melawat gereja kristian di Kwitang Indonesia untuk
pertama kali saya bertanyakan tentang pembaptisan secara rahsia, saya tidak
mahu ianya diketahui oleh famili ataupun isteri saya.Saya tidak tahu siapa yang
menjaga gereja itu,tetapi permintaan saya ditolak, tidak boleh dibaptiskan
secara rahsia.
Beberapa minggu kemudian,dengan hasrat yang sama
yang seringkali berputar-putar di dalam fikiran saya, saya pergi berjumpa
dengan Rev.J.Sapulete,dekat gereja Bethel di Jatinegara.Dia bersedia untuk
membaptis saya, tetapi dengan satu syarat bahawa saya harus membawa dua atau
tiga jiran Kristian,yang boleh membimbing pertumbuhan keimanan saya supaya saya
boleh hidup secara Kristian.Saya tidak dapat menerima syarat ini, saya masih
lagi tidak mahu mengumumkannya di khalayak ramai bahawa saya seorang Kristian.
Ini berpunca daripada pengaruh persekitaran ,terutamanya keluarga saya.Saya
merasa risau yang mereka akan menentang dan menganiaya ahli keluarga saya.Saya
juga takut untuk bertanyakan pada isteri saya untuk mengikuti saya pergi ke
gereja.Saya takut jika isteri saya akan menuntut saya untuk pergi ke pejabat
rasmi perkahwinan Islam untuk bercerai.Saya sangat takut untuk berhadapan
dengan proses perceraian .Sebab itu saya mahu menerima Isa secara rahsia.Tetapi
jiwa saya tidak bersetuju,saya tidak ada apa-apa keraguan tentang penerimaan
Isa.
Oleh itu saya tidak lagi melakukan dua
tanggungjawab keagamaan. Saya hanya pergi ke gereja.Tetapi ketakutan masih lagi
berterusan dan kebimbangan mengenai reaksi keluarga saya.Saya tidak tahu
bagaimana untuk mengatasinya.Saya tidak pergi jumpa sesiapa pun untuk meminta
nasihat bagi masalah saya ini.Pada masa itu saya rasakan bahawa perjuangan saya
betul-betul teruji.
Walau bagaimanapun Tuhan memberi masa untuk
membantu mengatasi masalah saya ini. Dahulunya saya menggangap jika saya
berbincang dengan isteri saya tentang hal ini dan keluar Islam dan seterusnya
memeluk Kristian akan menyebabkan masalah kepada kami..Tetapi Tuhan sangat baik
hati, membuka pintu kebenarannya kepada isteri saya sendiri.Dia merasa
aman melalui cahaya dan kecantikan pokok Krismas yang mana pada masa itu
bercahaya dengan terang di kebanyakkan rumah orang Kristian.Ia menjadi tanda
kepadanya bagaimana cantiknya kehidupan di dalam keluarga Kristian.Dia merasa
aman dengan lagu-lagu Kristian dan hangat serta bercahaya dengan semangat
Krismas.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang
anak perempuan saya datang kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan
yang kuat untuk menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya
nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan
Rev.J.Sapulete untuk kali kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan
keluarga saya mahu dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan kami.Permintaan
saya diperkenankan dengan segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan tujuh
orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh Rev.J.Sapulete,di
gereja Bethel Jemaat GPIB.Satu minggu kemudian anak lelaki saya pun
menuruti kami.Dia juga sering pergi ke gereja secara rahsia, kerana dia takut
saya mendapat tahu.Saya sendiri pergi ke gereja secara rahsia juga, sebab saya
takut isteri-isteri ahli keluarga saya telah menjadi pengikut-pengikut 'Isa dan
demi itu mempengaruhi hati kami.
Anugerah Berkat Tuhan yang Berkelimpahan
Selepas saya dan keluarga saya dibaptiskan
pada 26 Disember 1969, keriangan dan kegembiraan seluruh isi rumah saya telah
bertukar.Kami menerima terlalu banyak berkat-berkat Tuhan yang mencurahi hidup
kami.
Pengikut Paulus berkata: "Apabila seseorang
masuk ke dalam Al-Masih,dia menjadi insan yang baru, yang lama telah pergi dan
yang baru sudah menyusul ".(2 Kor 5:17)
Apabila seseorang menerima Al-Masih 'Isa sebagai
penyelamatnya,Tuhan akan mengubah kehidupannya.Bayangan Kristus akan menjadi
ikutannya.Al-kitab berkata: "Tuhan mencipta manusia berdasarkan
gambarnya"(Kej 1:27).Kelakuan baru ini akan bermula dengan keriangan yang
baru,kasih dan keinginan yang berbeza.Apa yang dahulunya dia sayang,kini dia
benci,dan apa yang dahulunya dia benci,kini bertukar menjadi
sayang.Kehidupannya telah berubah.Perubahan ini amat ketara,dan dapat dilihat
oleh orang di sekelilingnya.Jalan kehidupannya akan bertukar,dan perubahan ini
akan dibawa dalam setiap perkataan yang dia ucapkan.Betapa hebatnya!
Saya mempunyai pengalaman dalam perubahan ini
dan mereka dapat rasa dalam kehidupan kami sekeluarga.Panas baran sudah lenyap
dan berubah kepada sayang.Dalam kehidupan kerohanian,kami merasa aman dan
gembira.Kami tidak merasa ragu-ragu dan jiwa kami terjamin dan penuh dengan
keriangan.Bahkan di dalam kehidupan seharian,kami mendapat keberkatan yang
berkelimpahan.Ini adalah pengalaman yang membuktikan kebenaran janji Tuhan
bahawa telah digenapi oleh 'Isa Al-Masih,utusanNya.
"Barangsiapa haus,baiklah ia datang
kepadaKu dan minum!Barang siapa percaya kepadaKu,seperti yang dikatakan oleh
kitab suci:dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air
hidup."(Yahya 7:37-38)
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup
dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
Perubahan di dalam kehidupan isi rumah kami amat
ketara dan berlaku dengan pantas di mana kami menjadi ejekan.Jiran tetangga dan
saudara mara berpendapat bahawa kami telah menerima pertolongan daripada gereja
sebagai ganjaran kerana menjadi Kristian.Orang ramai mengutuk kami dengan
berkata:"Jika kamu ingin menjadi kaya dengan cepat,ikutlah cara en.Ambrie
dan menjadi Kristian dan kamu akan mendapat berjuta-juta rupiah daripada
gereja."
Mereka menyangka bahawa kehidupan kami diberkati
melalui pemberian daripada gereja sebagai sogokan kerana menjadi
Kristian.Tidak,bukan kerana itu!Kami tidak menerima sebarang pertolongan dari
gereja atau dari sesiapapun sebagai balasan kerana kami menerima Kristus.Kami
tidak menerima duit,harta benda atau janji peluang pekerjaan walaupun satu sen
pun.Sememangnya keberkatan kehidupan kami pada masa itu hanyalah melalui
kemurahan hati Tuhan.Ini adalah janji Tuhan bahawa semua orang yang
mempercayainya akan memperolehi keberkatan yang berkelimpahan.
Tahun-tahun yang tidak aktif.
Saya menjadi Kristian yang tidak aktif bermula
dari tahun 1970-1972.Saya sibuk mengendalikan urusan perniagaan saya dan
membantu keluarga saya.Saya hanya pergi ke gereja pada hari Ahad dan membaca
Al-kitab bila saya ada masa.Tuhan menyalahkan saya kerana bersikap
sedemikian.Saya merasa sangat jelas apabila pada waktu itu Tuhan memberi amaran
kepada saya: "Jika kamu mahu menjadi kristian,ia tidak cukup dengan
bersikap pasif.Ia tidak akan berkembang jika kamu duduk sahaja.Bergembiralah
dengan keberkatan Tuhan yang melimpahi hidup kamu.Sebagai orang Kristian iaitu
pengikut Kristus,kamu mesti bangun dan memberitahu kesaksian kamu dengan jelas
mengenai Al-kitab sepertimana Kristus telah memerintahkannya di dalam Matius
28:19-20)
Bagaimana saya hendak memulakan dalam memberikan
kesaksian secara terbuka dan memberitahu tentang Al-kitab dengan cara paling
mudah difahami?Sememangnya saya ingin melakukannya,tetapi saya tidak tahu
bagaimana cara hendak memulakannya.Untuk ini,Tuhan telah membuka jalannya:dan
ini adalah jalan yang bagaimana Tuhan tunjukkan;
Suatu hari kawan baik saya datang dari
Banjarmasin untuk menghabiskan waktu malamnya bersama kami.Dia adalah kawan
yang sebenarnya mengikut erti perkataan.Dia tetap berdiri bersama dengan saya
dalam kaadaan susah ataupun senang.Apabila penangkapan dilakukan oleh
askar-askar Belanda,kami selalu berjumpa antara satu sama lain di dalam penjara
ataupun di dalam khemah banduan.
Kami menyambutnya seperti biasa,di dalam rumah
kami tidak terdapat tanda ketara yang menunjukkan bahawa kami telah memeluki
agama Kristian.apabila dia mengucapkan "Assalamualaikum",dan
kami menjawab"waalaikumussalam".Kawan baik saya ini telah
mendengarnya daripada jiran-jiran bahawa saya telah memeluk Kristian. Dia
menerangkan bahawa hal ini tidak mungkin terjadi, dan telah menyakinkan kepada
jiran saya tentang ini. Dia memberitahu mereka," Sudah lama saya kenal
kawan saya Hamran Ambrie,bukan sahaja di Jakarta bahkan di Banjarmasin lagi.
Dia bukanlah seperti kebanyakan Muslim yang lain,dia sangat risau tentang
keimanannya.Di dalam wilayah dia dikenali sebagai pejuang tentera
Muslim,dia adalah anti-Kristian,seorang daripada pemimpim
Muhammadiyah,pemberita Muslim dan guru Islam yang terkenal di bandar dan di timur
Kalimantan.Lebih-lebih lagi di kongres Islam di seluruh Kalimantan dalam
Amuntai 1947, Hamran Ambrie adalah merupakan salah seorang daripada
penganjurnya.Di dalam ketenteraan kebangsaan Indonesia,dia telah menjadi ketua
guru-guru Muslim dalam pasukan tentera di Banjarmasin. Jadi saya yakin bahawa
Hamran Ambrie tidak begitu mudah untuk menukarkan agama Islamnya kepada agama
Kristian."
Tetapi jiran saya telah menyakinkan dia bahawa
untuk beberapa tahun ini,orang di dalam kampung saya telah biasa melihat saya
pergi ke gereja lazimnya dan menyediakan pokok Krismas semasa hari
Krismas.Mereka memberitahu dia supaya bertanya kepada saya secara terus untuk
mendapat kepastian selanjutnya.
Jadi dengan segera dia datang ke rumah saya
untuk melawat,dan terus bertanya kepada saya samada berita yang mengatakan saya
menjadi Kristian itu benar atau tidak?Saya menjawab soalan itu tanpa sebarang
keraguan: "Ya,ia adalah benar dan saya serta seluruh keluarga saya telah
dibaptiskan."
Mendengar jawapan saya dia menangis
terisak-isak.Dia meminta maaf kerana dia sangat menyesal datang ke tempat
itu.Tetapi dia tidak berbuat apa-apa dan berdiri kehairanan untuk beberapa
ketika.Selepas dia kembali ke Banjarmasin,dia memberitahu orang lain, khususnya
kawan baik saya tentang pemelukan agama saya kepada Kristian.
Berita tentang kejadian ini telah dimasukkan di
dalam akhbar harian UTAMA yang diterbitkan di Banjarmasin oleh kawan baik saya
yang lain,yang merupakan seorang pemberita Muslim.Dalam tajuk utama H.Arsyad
Maran menulis:
PENGASAS TERKENAL
GERAKAN MENJADI KRISTIAN
Pengasas terkenal
Muhammadiyah zaman 30-an, dia juga merupakan salah seorang ketua editor JIHAD.
Js Antemas menulis
diantaranya:
PERTUKARAN AGAMA
PENGASAS MUHAMMADIYAH KEPADA KRISTIAN
Satu berita yang mengemparkan!
Pemberita IAIN Arthum Artha
berharap:"kami harap berita ini adalah tidak benar,kepercayaan Hamran
Ambrie,pengasas kemerdekaan masih lagi di dalam persoalan."
Orang Muslim di Banjarmasin juga memberi sambutan
yang kurang menyenangkan terhadap berita ini:"Masalah ekonomi baru-baru
ini telah membuatkan seseorang bertukar agama."Nama orang muslim ini tidak
dinyatakan.
Bahkan Universiti IAIN Antasari juga menberi
tindakbalasnya terhadap berita pertukaran agama saya ini.Sementara itu
setiausaha PMW (Muhammadiyah) di Banjarmasin cuba untuk menyangkal bahawa saya
adalah penubuh Muhammadiyah, tetapi memberitahu bahawa saya hanya sebagai
pejuang Islam.
Semua berita tentang keKristianan saya
yang telah diterbitkan di dalam akhbar adalah bertujuan untuk membuat saya rasa
malu, dan di sebaliknya mereka mengharap agar saya kembali kepada Islam. Tetapi
kehendak mereka adalah berbeza dengan kehendak Tuhan.Allah mengunakan mereka
sebagai satu cara untuk membangunkan iman saya supaya menjadi seorang pengikut
'Isa yang kuat imannya dan memberi kesaksian tentang hakikat 'Isa Al-Masih
adalah daripada Tuhan.
Hampir dua bulan peristiwa 'pertukaran
saya kepada Kristian' menjadi tajuk perbincangan umum dan tajuk utama
di dalam akhbar Harian UTAMA di Banjarmasin.Saya mendapat berita bahawa
pertumpahan darah juga hampir berlaku.Sesetengah daripada kawan saya menganggap
bahawa berita ini adalah suatu fitnah dan bersedia untuk menyerang para
penulis.Mujurlah dengan segera saya telah menulis "surat
terbuka"-pernyataan saya sendiri mengenai pengakuan tersebut - kepada
akhbar harian UTAMA di Banjarmasin,yang telah diterbitkan seperti di bawah:
SURAT
TERBUKA
Untuk Pembaca
harian UTAMA
Assalamualaikum
kepada Tuan:
Saya dengan ini memberitahu bahawa berita
itu adalah benar dan saya sekarang menjadi pengikut kepada agama Kristian
Protestant dan saya telah menukarkannya semenjak 1964 lagi.
Berita di dalam akhbar itu sangat menarik kerana
ia mengambarkan saya sebagai penubuh Islam atau pejuang kepada kebebasan.
Saya berterima kasih kepada semua tindak balas
dan penghargaan itu yang mana kawan saya telah menunjukkannya kepada
saya.Walaupun sehingga saat ini,saya tidak pernah merasa dan tidak pernah
mengumunkan diri saya sebagai penubuh Islam ataupun pejuang kebebasan.Jika
waktu lepas saya melibatkan diri dalam perjuangan sebagai penulis oleh kawan
saya.Ia adalah tidak lebih daripada tanggungjawab seorang anak terhadap ibu
pertiwinya.Dengan itu saya menjadi pengikut dan tidak bertanya akan sebarang
gelaran kepada jawatan tersebut samada sebagai veteran ataupun sebagai pengasas
kemerdekaan.Saya hanyalah melakukan tanggungjawab saya sahaja.
Terima kasih kepada semua kawan saya, khususnya
H.Arsyad Maran (saya tidak menerima surat kamu), JS.Antenas dan Arthum Artha
dan penulis yang menulis surat kepada saya sebagai satu kewajipan.Tidak ada
apa-apa daripada surat anda yang boleh saya sangkalkan atau memberi tindak
balas yang bertentangan melainkan pembetulan.Saya tidak pernah meminta sebarang
bentuk gelaran sebagai tanda bagi pengasas kemerdekaan.
Kepada Arthum Artha,saya ada menghantar
"nota keimanan" yang menjadi asas kepada saya dalam ketaatan saya
kepada agama Kristian Protestant.
Apa pun yang berlaku kawan tetap kawan dan
hubungan persahabatan yang baik tidak boleh diputuskan.
Terima kasih kepada kamu semua kerana mengambil
berat tentang hal ini.
Yang Benar,
Hamran Ambrie
6 Mei
1972, Jakarta.
BERMULANYA MEMBERI KESAKSIAN DALAM KEHIDUPAN
KRISTIAN SECARA AKTIF
Selepas penerbitan "surat
terbuka" di atas,banyak surat yang diterima daripada kawan-kawan
saya di Banjarmasin dan Hulu Sungai, semuanya dalam nada penyesalan,disertai
dengan nasihat dan amaran daripada ayat Al-Quran .Juga terdapat surat yang
menanyakan tentang peristiwa-peristiwa susulan yang telah membimbing saya untuk
saya memeluk Al-Masih 'Isa serta InjilNya.
Ini adalah permulaan bagi saya untuk bangun dan
memberi kesaksian saya dengan jelas.Pertamanya saya membalas setiap surat
secara peribadi dengan mesin taip.Setiap surat disertai dengan keterangan iaitu
-"nota keimanan". Ia menjadi lebih mengalakkan, jadi saya telah
menerbitkan satu esei tentang "TUHAN ALLAH, AL-MASIH 'ISA DAN
ROH KUDUS" yang mana telah dicetak.Keluaran seterusnya yang
telah diterbitkan ialah tentang"KRISTOLOGI DAN AJARAN KEESAAN
TUHAN", yang telah disempurnakan pada tahun 1973.Akibatnya banyak
surat dalam bentuk pertanyaan dan simpati diterima,dan terdapat juga surat di
dalam bentuk perbincangan dalam mencari kebenaran.
Lebih-lebih lagi terdapat beberapa majalah Islam
yang telah diterbitkan di Jawa yang menyerang kepercayaan saya.Oleh kerana
rencana itu, banyak lagi surat telah dikirimkan kepada saya. Surat-surat yang
saya terima datang dari seluruh pelusuk di Indonesia termasuk Banjarmasin dan
dari kawasan Islam di Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan juga dari
Sumatera yakni Palembang, Medan, Padang, Acheh, bahkan juga daripada negara
luar - Arab dan Malaysia.
Ini adalah petunjuk daripada Tuhan bahawa saya
harus berdiri teguh dan memberi kesaksian semulajadi saya.
Hubungan ini berlanjutan lebih daripada enam
bulan.Pelbagai masalah tentang Kristian telah dibincangkan.Beberapa soalan dan
juga jawapan, saya telah menyusunnya di dalam buku dan menerbitkannya sebagai
dokumentari kebenaran:
1. Perbincangan dengan H.M. Yoesoef
Sou'yb, penulis Muslim dari Medan (Penolong kepada
Editor Majalah Kiblat di Jakarta)
2. Perbincangan dengan Samudi, (Guru agama
Islam di Salatiga)
3. Perbincangan dengan Imam Musa
Projosiswoyo, (editor Majalah studi Islam
di Jakarta)
4. Perbincangan dengan Wahyono Hadi (Darul
Kutubil Islamiyah Jakarta)
5. Perbincangan dengan Ali Ya'kub
Matondang, (Pelajar Islam di Cairo,Arab)
6. Perbincangan dengan A.Hasan Tao,
(Penceramah Jemaat Islam Ahmadiyah Indonesia di
Denpasar Bali)
7. Perbincangan dengan Ezif Fahmi dan
lain-lain (Kumpulan Pelajar Islam di Surabaya)
8. Perbincangan dengan M.A.Fadly, (Ketua
Masjid Agung, Masjid tengah, Cimahi-Bandung)
Sehingga pada tahun 1979, saya membalas hampir
ribuan surat daripada saudara-saudara yang berketurunan Muslim yang
datang dari semua bahagian dan seluruh pelusuk Republik Indonesia. Setiap hari
kedatangan surat ini telah mengalakkan saya.Mereka menunjukkan bahawa penulis
memandang ke arah kebenaran,dan mereka merasa berpuashati selepas saya memberi
keterangan kepada mereka. Puji Tuhan Alhamdullillah! Bahkan terdapat sesetengah
daripada mereka yang datang melawat saya secara peribadi.
Saya lihat betapa banyaknya perhatian yang telah
diberikan terhadap 'pertukaran saya' dan untuk mencari kebenaran,dengan itu
saya mengatur masa yang khas untuk pelawat-pelawat bagi perundingan tentang
kepercayaan dan kebenaran Nasrani Kristian, iaitu setiap hari Selasa, Khamis
dan Sabtu, yang bermula dari pagi hingga ke petang.
Puji Tuhan untuk semua ini. Dia mengunakan saya
sebagai jalan perantaraan dan alat-Nya untuk menerangkan kebenaran di dalam
Al-Kitab dan Injil bahawa 'Isa Al-Masih itu adalah daripada Tuhan, khususnya
untuk saudara-saudara Muslim saya, dengan harapan bahawa mereka akan memahami
Al-Masih 'Isa dan InjilNya secara betul.
Di luar jawapan dan persoalan serta penyangkalan
ini,saya merasa bahawa ketidak-fahaman dan banyak salah tafsiran terhadap
Al-Kitab, Kitab Suci Injil dan Al-Masih 'Isa yang daripada Tuhan akan segera
dapat dibetulkan dengan penjelasan yang terang dan berwibawa.
BERMULANYA PELAYANAN DI LUAR
Semenjak 1973 hingga Februari 1978,saya memberi
kesaksian saya hanya di atas meja saya sahaja,dengan membalas surat-surat yang
menyoalkan tentang keKristianan.Saya menerbitkan jawapan untuk surat-surat ini
sebagai dokumentari kebenaran.
Tetapi di dalam bulan Februari 1978 saya berdoa:"Oh
Tuhan, tolong berikan pergerakkan-Mu dalam bidang yang baru, kerana bidang saya
ini yang cuma berbincang melalui surat seperti sudah hampir kegersangan."Berdoa
untuk ini,saya seterusnya mendapat jawapan di dalam hati saya bahawa keesokan
harinya saya harus keluar daripada rumah saya,dan daripada sana saya akan
mencari bidang baru.
Pada awal pagi keesokan harinya, saya keluar
daripada rumah saya tanpa mengetahui jalan mana yang harus saya pergi.Apabila
saya telah sampai ke jalan utama,saya berdoa kepada Tuhan agar Dia menunjukkan
arahan jalan mana yang patut saya pergi. Jiwa saya memberitahu saya bahawa saya
harus pergi ke utara.Oleh kerana saya tidak tahu arah sebenarnya, saya cuma
berjalan keluar. Saya tidak mengambil mana-mana kereta, mobil ataupun bas.
Apabila saya sampai di depan pejabat Institut Al-Kitab di Indonesia, Tuhan
telah memberitahu saya agar saya masuk ke pejabat itu. Saya merasa ragu-ragu
kerana saya tidak kenal sesiapapun.Di sana terdapat Rev.B.Probowinito, tetapi
dia telah berpindah ke Salatiga. Saat ini jika saya masuk ke pejabat itu,
dengan siapa saya harus bercakap, dan apa yang patut saya katakan? Tetapi jiwa
saya mendesak saya supaya saya masuk ke dalam pejabat itu, lalu saya masuk ke
dalam pejabat itu.
Salah daripada seorang kawan telah melihat saya
masuk ke pejabat itu dan mengenali saya, dan tiba-tiba dia memanggil
saya:"En.Ambrie, Puji Tuhan, petunjuk apa! Setiap orang ingin berjumpa
dengan kamu." Dengan segera kami membuka perbualan kami. Kemudian saya
berjumpa dengan Rev.M.K.Tjakraatmadja,yang telah mendengar tentang saya dan
ingin berjumpa dengan saya. Saya telah diberkati dengan pertukaran ini. Mereka
ingin menyokong kerja-kerja penulisan saya.
Saya kagum jika ini adalah cara/bidang baru
tetapi mengambil keputusan bahawa ini adalah bukan. Saya mahu pulang ke rumah
tetapi jiwa saya mendesak saya supaya meneruskan perjalanan saya ke utara.Saya
berjalan sehingga saya berdiri di depan pejabat Kramat V. Jiwa saya memberitahu
agar saya masuk dan berjumpa dengan Rev.Dr.Ais M.O.Pormes.Saya kagum bagaimana
mungkin saya boleh bercakap dengan Rev.Pormes,sedangkan saya tidak kenal dia
dengan baik dan kami bukannya kepunyaan organisasinya. Kami pernah
bertemu sebelum ini,tetapi sudah tiga tahun yang lepas. Tetapi Roh Kudus telah
membisik dihati saya,saya terus masuk ke dalam Kramat V.Sebelum saya masuk ke
pejabat itu, saya masih lagi keraguan.Sebelum ini,Rumah ini penuh dengan hamba
Tuhan,tetapi sekarang agak senyap.Barangkali Rev.Pormes sudah pindah.Bagaimana
pun Rev.Pormes telah melihat saya,dia datang ke depan pintu untuk menjemput
saya,dan berkata:"Wahai En.Ambrie! Sememangnya semenjak kelmarin lagi,saya
banyak berfikir tentang kamu dan ingin berjumpa dengan kamu di sana kerana saya
ada sesuatu untuk berbincang dengan kamu.Saya mengharapkan kamu-barangkali kita
boleh bekerjasama dengan satu sama lain."Saya hampir terkejut. Bagaimana
boleh Rev.Pormes mengingati saya?Kami tidak pernah berkenalan secara mendalam
sebelum ini.Tetapi saya teringat doa saya pada hari yang lepas.Mungkin Roh
Tuhan yang memimpin diri saya untuk masuk ke bidang baru di sini.
Dalam perbualan itu terdapat beberapa perkara
yang menyegarkan hati saya dan perasaan saya.Rev.Ais Pormes mengharap saya agar
saya bekerja bersama dengannya di dalam melayani Tuhan. Juga dia mengambil
berat tentang kesihatan saya yang mana pada waktu itu tidak beberapa baik.
Akhirnya Rev.Pormes memberitahu saya untuk
mengambil suratnya yang datang daripada M.K.Sinaga, pengarah BumiAsih di
Jalan 4, Solo.Saya melihat surat itu dan memegangnya. Dari rumah K.M.Sinaga,
saya memohon untuk pergi ke Hotel Indonesia pada hari Jumaat,dan dia berkata
bahawa beberapa guru di sana mahu berjumpa dan mengenali saya.
Pada pagi Jumaat,24 Feb 1978,saya pergi ke Hotel
Indonesia, untuk perjumpaan kumpulan berdoa oleh ahli-ahli perniagaan Kristian
di Jakarta,yang dikenali dengan nama "C.B.M.C"
Saya seolah olah telah diperkenalkan kepada
mereka dan mereka telah mengetahui nama saya sebelum ini dan mereka ingin
berjumpa dengan saya secara peribadi pada hari itu.Bermula dari hari itu saya
telah dijemput untuk berkhidmat dalam beberapa perjumpaan di rumah yang mana
telah mendorong saya untuk bekerjasama dengan pelayanan gereja.Saya telah
memberikan kesaksian saya pada semua gereja di sekitar Jakarta dan
Bandung.Sehingga sekarang saya juga membuat pelayanan di luar Jakarta juga,
melawat selatan Kalimantan, (Banjarmasin,Amuntai), dan Kalimantan tengah,
(Palangkaraya), Jawa Timur,(Surabaya dan Malang), Bandung dan lain-lain lagi.
Ini merupakan jalan dan bidang baru bagi
saya.Saya meneruskan pelayanan saya dengan penuh kepercayaan, mengkhabarkan
utusan Kitab Suci Injil Al-Masih melalui pelbagai macam perjumpaan dan
kesaksian yang berlainan.
Walaupun sekarang saya telah mendapat bidang
baru dalam bentuk pelayanan di luar dari rumah saya,perbincangan melalui
perutusan,tidak pernah berhenti bahkan semakin bertambah.Puji Tuhan!Semua surat
itu telah memberkati saya dan saya telah dapat menjawab pelbagai jenis
pertanyaan dengan jayanya!
TUHAN MEMPERLUASKAN PELAYANAN SAYA
Pada 13 Mei 1979,dengan jemputan para
penulis,saya telah diminta untuk menyampaikan ceramah di Masjid Darussalam, Jln
Batanghari,Jakarta,Di hadapan perkumpulan pemuda-pemuda Muslim yang mana telah
terlibat dengan Lembaga Pengajian Islam Al-Furqan.Tajuk perbincangan ialah :"'Isa
Al-Masih adalah daripada Tuhan".Ketua perdebatan itu ialah
Drs.Abunyamin Roham dan Sany Ardi.Para hadirin yang menghadiri perbincangan itu
adalah sekitar 100 orang,yang terdiri daripada pelajar dan juga guru-guru Islam.Hanya
saya sendirian yang datang untuk memberikan jawapannya.Perbincangan ini
berakhir dengan keadaan yang baik.Perbincangan persahabatan ini diakhiri dengan
berjabat salam.
Pada 22 Julai 1979,ceramah ini disambung di
antara saya dengan beberapa pemimpim Islam daripada majlis Ulama' (Muslem
Theologian Counsil).Tajuk perbincangan ialah "Kekuasaan Tuhan-satu
dalam Triniti?".Terdapat 10 orang yang menyertai perdebatan itu, di
antaranya daripada mereka ialah Professor Dr.H.M.Rasyidi, Drs.Bunyamin Rohan,
Dr.Tagor dan Dr.Asmuni. Pengacaranya ialah Dr.Marmansyah Rahman. Pelawatnya
adalah dalam sekitar 150 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan
guru-guru Islam,dan juga orang bijak pandai.
Dua bulan selepas 15 Ogos, saya telah pergi
melawat beberapa tempat di luar kawasan Jakarta di Barat dan juga Timur
Jawa.Pada 1 September, saya telah berpeluang memimpin pelayanan Injili dan
Kitabiah dan juga telah melawat Menado,Unjung Pandang, Tanah Toraja, Palopo,
Balikpapan, Banjarmasin dan juga Kapuas, sambil memberikan kesaksian saya.
PENUTUP
Penyelamatan adalah amat penting untuk setiap
orang. Penyelamatan untuk diri sendiri, penyelamatan untuk keluarga,
keselamatan harta benda dan berbagai jenis keselamatan yang lain.Semuanya ini
telah menjadi sasaran utama di dalam kesejahteraan kehidupan.
Seseorang yang beragama, penyelamatan adalah
tidak terhad kepada kehidupan duniawi sahaja,ia termasuklah keselamatan Rohnya
daripada pengaruh dosa kepada kebebasan.Penyelamatan Rohnya ada berhubungkait
rapat dengan hakikat kasih-sayang, yang mana merupakan asas kehidupan Syurgawi.
Katakan Adam dan Hawa tidak terjerumus ke dalam
lembah dosa, manusia masih lagi mempunyai kehidupan yang kekal. Tetapi oleh
kerana akibat-akibat dosa yang menyusul dari Adam dan Hawa,yang telah melanggar
larangan Tuhan.Manusia Adam dan Hawa telah tersisih daripada peluang mereka
untuk kehidupan kekal dan terjerumus ke dalam lembah terpisah dari
kesejahteraan ilahi. Ajal terakhir bagi keadaan ini adalah kematian dan maut
'Isa Al-Masih pernah bersabda :
"Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat
hidup iaitu hidup yang berkelimpahan."(Yahya 10:10)
"Ajarlah mereka mentaati apa yang sudah Aku
perintahkan.Ingat, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga ke akhir
zaman.(Mat 28:20)
Malaikat memberitahu pengikut Al-Masih 'Isa:
"Hai orang Galilea,mengapa kamu berdiri
menengadah ke langgit?Al-Masih 'Isa yang kamu lihat terangkat ke Syurga,akan
kembali lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat tadi."(Kis
1:11)
Dalam satu perkara Al-Masih 'Isa sendiri berkata:
"Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang
dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar."(Luk
21:27)
Kedatangan kedua 'Isa Al-Masih bukan
sahaja diberitahu di dalam Al-Kitab, malah kebenaran ini disokong dan
dipercayai juga oleh para Muslim sebagaimana yang kita baca di dalam Hadith
Sahih Muslim,di dalam rujukan 127, terdapat kenyataan tentang kedatangan
Al-Masih 'Isa sebagai Hakim yang adil dan benar.
Terdapat 4 janji yang akan menyusul kepada
anak-anak Tuhan:
- Kehidupan
kekal di Syurga dan kehidupan yang lebih mulia daripada Adam dan Hawa yang
merupakan ciptaan asalNya.Dalam usaha untuk mendapatkan kehidupan yang
kekal dan keselamatan di Syurga,manusia mesti percaya kepada 'Isa Al-Masih
dan menjadi pengikut yang taat serta dibaptiskan.
- Kehidupan
sepenuhnya,Roh,fizikal seperti keperluan material,diperolehi dalam bentuk
anugerah kerahmatan dari Syurga.
- Pengikut
Al-Masih 'Isa tidak akan kekurangan sesuatupun tetapi akan sentiasa
digenapi dengan berkelimpahan.
- Roh
Allah atau Roh Kudus akan sentiasa berkekalan dalam setiap orang yang
mengaku Kristus,dan menjadi pengikut setiaNya,selama-lamanya sehingga ke
Hari Kiamat.
Dengan sebab inilah menbenarkan saya untuk
memberikan pilihan kepada Anda, Para pembaca yang dikasihi:
Buatlah keputusan anda sekarang!Ambil keputusan
untuk menerima janjiNya dan bersedia untuk diselamatkan. Terimalah Rohul-Kudus
'Isa Al-Masih di dalam hati anda secara iman, jadilah kehidupan baru, anda akan
sentiasa terjamin dan damai sejahtera di dalamNya. Jadi kita boleh hidup
bersama-sama dengan Tuhan untuk selama-lamanya.
Jangan lepaskan peluang ini.Jangan tunggu
sehingga esok.Lakukan apa yang patut anda lakukan hari ini.Esok mungkin sudah
terlewat.Pintu bertaubat mungkin akan ditutup dan anda akan hidup dalam
penyesalan dan menanggung penderitaan untuk selama-lamanya.Datang dengan
hati yang benar,dan terimalah 'Isa Al-Masih sebagai Rabbi anda dan Penyelamat
peribadi anda supaya anda boleh memasuki pintu keselamatan di Syurga untuk
selama-lamanya.